Wednesday, April 14, 2010

Persoalan / Tanda tanya

Mengapa perpisahan perlu berakhir dengan kesedihan? Ape guna perbincangan kalo tidak mampu diselesaikan secara baik. Aku berpendapat dengan berjujur diatas kesilapan lalu kita mampu tersenyum dengan kenangan silam jika tidak hanyalah geram dan sumpah seranah menghantui. Perlu ke kita lari dari masalah?Jawapannya ialah tidak perlu jangan buat seseorang tertanya apa yang terjadi. Cuba hadapi masalah dengan fikiran yang terbuka. * mungkin aku percaya perbincangan mampu mengubah segalanya atau aku percaya pada 'world peace'? aku kurang pasti.huhu

Semua orang seringkali berkata jika kita sudah berpisah ngan seseorang kita perlu memutuskan segala perhubungan yang penah ada dan wujud suatu ketika dulu. Aku berpendapat....perpisahan adalah suatu yang memeritkan jika dpt dilakukan dgn cara yang baik. Kita mampu mengekalkan perhubungan yang pernah dibina suatu ketika dulu. Mungkin bukan sebagai 'partner' tapi sebagai kawan/ teman yang rapat yang telah mengenali untuk kesekian lama. Hubungan itu pasti lebih indah dan mempunyai kemanisan tersendiri.

Cuma aku sedih mengapa itu tidak berlaku pada diri aku? Kejam sangat ke aku sehingga seseorang tidak mahu mengekalkan hubungan(rapat) dengan aku atau perangai seseorang yang memandang remeh(delete profile atau perkara berkaitan lalu menjadi orang baru). Aku kurang pasti mungkin aku berfikiran positif. Sb aku percaya melalui perbincangan / persetujuan dengan seseorang kita mampu mencapai kata sepakat untuk menjaga hati dan perasaan.

Terdapat 2 persoalan yang masih tidak terjawap
1) Adakah si dia benar-benar mencintai diriku? Jika ia pasti si dia menunggu untuk merungkai semua permasalahan ini sebelum membuat sebarang keputusan.
2) Menyukai seseorang di atas apa yang mampu dilakukan oleh seseorang untuk dirinya. Jika ia aku pasti perhubungan seterusnya tidak akan berkekalan. Tunggu dan lihat.

No comments: