Thursday, April 29, 2010

nukilan ringkas

coretan smlm

Mak: cocoa, jgn lupa beli 2 colgate herbal kat guardian nanti sblm balik. Nanti mak bayar.
Aku: OK bila mak nk bayar nanti?
Mak: Alah, jangan risau, duet mak kan byk kat kamo.
Aku: *bila plak nie?
Mak: Dalam bank kamo ler...duet mak gaks tu kan.
Aku: *speechless. redha
Mak: jangan ko ingat mak xtao bila gaji masuk.haha.
Aku: Baeklah

ai suka yerk dengan tahap keyakinan mak. Aku seringkali jadi mangsa keadaan.haha.


Meeting

We need to promote 1Malaysia
Do you mean that we have 2 or 3 Malaysia?
lolz

Tips for presentation.

1) Do not read because it will waste time.

2) Rehearse many times and explain. Make sure you understand your subject well before deliver it.

3) Please make sure you write like you speak this will ease people to understand your presentation. Do not use difficult / jargon words. Choose simple and easy to be assimilated.

Wednesday, April 28, 2010

Perbualan kusut!

Perbualan sebelum ini dirahsiakan atas sebab2 tertentu dan tidak mahu mengaibkan sesiapa yang terlibat secara langsung mahupun tidak.

B: hey ko sedar tak u asking me the same questions?

ko tak sedarkan....

sbb ko sendiri pun dah in 'repeatitions' mode

bahaya!.... ciri ciri gila tahap minor tu...

lekas buang dia dlam hidup kau.....

or u will b poison.... n lost urself....

aril: Erk? Are you sure? Damn!


Arini, keluar tengok wayang cite ' Kick-Ass' . Cite yang xbrape best tp sumhow aku enjoy watching it. Pelik. Tersenyum sendirian.

Saturday, April 24, 2010

Madah2 yang mengelirukan

3 minggu sblm clash

u tau, i syg kat u, but then ur way buatkan perasaan i supaya clash cpt2 dgn u. but seriously i mmg syg kat u

i admit yg i kinda materialistik...so then...u pun mcm susah nk paham i

ari clash

i ada sumthing nk ckp ngan u. kita kena jumpa gaks arini. u xperlu dtg ukm (kat tempat i). i dtg tmpt u.

discuss dlm keta

my parent tao pasal kita. my dad suh i pilih antara u ngan family. or else i kna pindah rumah. my parent siap nk bwk i pegi berubat lagi.

hurmf...xpe. nanti kt discuss camne nk handle mende ni eyh?

* part tu paling classic. pd ari yang sama de couple ngan orang laen dan menyayangi orang tersebut. Pelik tapi benar.

after clash

aku: nape u avoid i? kata nk berbincang
ex: u xpaham2 lagi ke?kita dh xde ape2.
aku: * wow! that's sound serious. xsampai 2-3 ari n xperlu berbincang pon.haha.

msg dr ex

just nk btw u, u akn tetap dalam hati i walopon i buat camni kt u

bbrape ari slps ex couple ngan org laen

ex kpd partner terbaru:


orang sayang awak sangat-sangat yang

cintaku hanya padamu

siap2 nk balik dgn teman tersayang...siapa???

kata- kata pujangga yang menarik perhatian

setiap pertemuan pasti ada perpisahan tetapi tidak semua perpisahan akan menjanjikan akan adanya pertemuan semula sesudah perpisahan itu - part nie aku xtao nk gelak atau ape. mungkin btul...haha

*menarik tgk status ini. Membuatkan aku tersenyum sendirian. Ntah, mengapa. Fikir-fikirkan.haha.




Thursday, April 22, 2010

Perpisahan

Benar orang selalu berkata itu adalah perkara paling sukar dilakukan. Bagi aku, aku seperti layang-layang terputus tali. Segala perkara yang seringkali dilakukan kini terpaksa dilakukan sendirian. Setiap malam aku terpaksa mengekang perasaan ingin tahu, mahupun berhubung. Aku mengigil dalam kesepian malam. Kadangkala, aku mengharapkan agar aku kepenatan agar tidurku nyenyak tanpa perlu memikirkan kisah buruk yang telah berlaku. Aku hanya bisa mengharap. Terasa begitu sekejap ianya berlaku dan kita terpisah oleh keadaan tanpa sebarang perhubungan. Suatu ketika dulu hubungan itu disirami dengan benih2 cinta bagi menyemarak lagi perasaan kasih sayang yang dibina. Kini yang tinggal hampa.

Mood: Demam dan sengal2 badan. Moga2 aku dipermudahkan dalam melalui saat sukar ini.

Tuesday, April 20, 2010

Materialistic

Aku slalu terbayang apa yang aku dapat dengan memiliki perasaan ini. Aku akui tiada siapa yang mahu hidup susah akan tetapi adakah kita perlu melakukan sesuatu tindakan itu tanpa memikirkan perasaan orang lain yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Mungkin aku telah dididik untuk berusaha sendiri dalam memiliki sesuatu. Zaman kanak2 yang aku lalui dulu banyak mengajar aku dalam mendisiplinkn diri. Tapi tiada siapa yang mengerti.

Walaubagaimanapun, aku bersyukur aku xmenyusahkan sesiapa dan memberi alasan yang cliche atau xrelevan pabila menghadapi saat sukar.

Saturday, April 17, 2010

Omongan kosong

Dalam perjalanan aku mencari diri sendiri banyak perkara aku temui antaranya,
1) kita hendaklah ikhlas dalam ape jua yang dilakukan jangan sampai perasaan was-was menyelubungi diri atau takut akan kehilangan kerna itu pasti berlaku.

2) setiap kengkangan mempunyai cara mengatasi samada kita mahu mencuba ataupon biarkan diri tenggelam dalam perasaan sendirian.

3) dalam perhubungan, sekiranya seseorang tidak mahu mempertahankan perhubungan itu dan seringkali mempertikaikannya, percayalah dia tidak penah menyayangi dan percaya akan hubungan itu. Dari mensia-sia masa dan menanti , lebih baik tinggalkan dari kecewa sendirian. Itu pasti sukar sekiranya hanya kamo bertepuk sebelah tangan.

hidup ini terlalu singkat untuk diperkatakan

4) kadang-kadang kita berasa gembira tentang perhubungan itu tapi tidak bagi orang lain. Jadi, cuba berbincang dan menyelesaikan permasalahan itu.

5) Kita juga percaya ada perasaan bertanggungjawap diatas perkara yang dilakukan dlu kerna itu karma dan pertunjuk penting buat dirimu. Renung-renungkanlah...

p/s: Suatu kekesalan buat diriku adalah menyintai seseorang yang tidak pernah mempunyai sekelumit perasaan terhadap diriku sehingga dia mampu menjalinkan perhubungan sulit lebih 2 bulan dengan orang lain. Part paling menarik ialah aku dikatakan xpenah memberikan segala tumpuan itu kepadanya dan orang2 ini mampu memberikan segalanya. Pelik. Bill telefon aku menunjukkan sebaliknya. Mungkin itu antara sebab rasa bersalah menyelubungi diri lalu lari meninggalkan segala persoalan. Adakah itu mampu menyelesaikan permasalahan?kerungsingan?atau itu hanya bersifat peribadi?Aku kurang pasti. Cuma satu yang aku harapkan dia menyedari kesilapan yang pernah dilakukan dan tidak menuding jari untuk berasa lebih baik. Percayalah...hidup ini ibarat roda mungkin 2kali terselamat kali berikutnya tiada siapa yang tahu. Aku yang mengomel sendirian.

Wednesday, April 14, 2010

Persoalan / Tanda tanya

Mengapa perpisahan perlu berakhir dengan kesedihan? Ape guna perbincangan kalo tidak mampu diselesaikan secara baik. Aku berpendapat dengan berjujur diatas kesilapan lalu kita mampu tersenyum dengan kenangan silam jika tidak hanyalah geram dan sumpah seranah menghantui. Perlu ke kita lari dari masalah?Jawapannya ialah tidak perlu jangan buat seseorang tertanya apa yang terjadi. Cuba hadapi masalah dengan fikiran yang terbuka. * mungkin aku percaya perbincangan mampu mengubah segalanya atau aku percaya pada 'world peace'? aku kurang pasti.huhu

Semua orang seringkali berkata jika kita sudah berpisah ngan seseorang kita perlu memutuskan segala perhubungan yang penah ada dan wujud suatu ketika dulu. Aku berpendapat....perpisahan adalah suatu yang memeritkan jika dpt dilakukan dgn cara yang baik. Kita mampu mengekalkan perhubungan yang pernah dibina suatu ketika dulu. Mungkin bukan sebagai 'partner' tapi sebagai kawan/ teman yang rapat yang telah mengenali untuk kesekian lama. Hubungan itu pasti lebih indah dan mempunyai kemanisan tersendiri.

Cuma aku sedih mengapa itu tidak berlaku pada diri aku? Kejam sangat ke aku sehingga seseorang tidak mahu mengekalkan hubungan(rapat) dengan aku atau perangai seseorang yang memandang remeh(delete profile atau perkara berkaitan lalu menjadi orang baru). Aku kurang pasti mungkin aku berfikiran positif. Sb aku percaya melalui perbincangan / persetujuan dengan seseorang kita mampu mencapai kata sepakat untuk menjaga hati dan perasaan.

Terdapat 2 persoalan yang masih tidak terjawap
1) Adakah si dia benar-benar mencintai diriku? Jika ia pasti si dia menunggu untuk merungkai semua permasalahan ini sebelum membuat sebarang keputusan.
2) Menyukai seseorang di atas apa yang mampu dilakukan oleh seseorang untuk dirinya. Jika ia aku pasti perhubungan seterusnya tidak akan berkekalan. Tunggu dan lihat.

Tuesday, April 13, 2010

Problems...Pls go away from me.

I don't believe to discuss problem without face-to-face method * Yea, I know it sounds very traditional despite being open minded and outspoken. It won't settle any problems if you keep blaming others and don't want to listen. * especially for you, please listen and think before you talk, try to be sincere and be honest. Really appreciated it. Thanks

After a long consideration, I've decided to forget about the idea to meet up and discuss since I don't think you are ready and up for it. - just keep my number for your reference if you ready give me a call or message.

Creative
I cant believe I discussed my problem with them. One thing that really inspired me is "For your information from all the signs, Taurus is well-known for the passionate lover and able to click with any signs and be happy. If they don't appreciate you, just forget about it. On top of that, Aries is very complicated sign who likes to argue about small things cos I'm one of them and I agreed". I stood silent.

My mom
She is my inspiration while handling stress and problematic situations. I really admired that. How I wish I have that courage and strength to deal my problems. Mom thanks for the advice.

Power-of-friends
Thanks for being there for me and company while I am alone. At least, I able to finish my meal last night. Thanks for everything.

Monday, April 12, 2010

Stress!

I cant sleep , cant eat properly. Emotionally disturbed.

Even though Taurus is slow to anger, once aroused, is furious and violent. But once cooled off, is sullen and reserved and can become a relent less enemy - I read this from my friend's status and I agree.

We get into the biggest fights with the people we care the most, because those are the relationships you are willing to fight for - if both of you are willing to fight for it, i guess?
Even though been warned you still pursue someone to be in your life that will only hurt you terribly.Ain't love grand? - Yea.

Sunday, April 11, 2010

Alone

Yesterday, I found out about them in Facebook and from the wall I realised that it has been started before April. Anyway, knowing about it really kills me. Betrayed. Lying. Problems. Runaway from problem.Without a proper discussion.

My reaction: my whole body is shaking and numb, maybe I try to overcome my anger * very disappointed with the info.

Empty
Lost
Lonely

Luckily, I found angels and beautiful fairies in my life(you know who you are). Thanks for being there to support me while I need a shoulder to cry on and hold me back. Really appreciated it.

While I lost in translation and been thinking about it. My friends told me to forget about it and move on even though it really difficult unlike saying it. You should let it go in order to get over it and be happy with your life.

I can't sleep and eat properly. Gosh!! What's wrong with me?

Sunday, April 4, 2010

Kuberserah

Perasaanku menjadi hiba tiba2....tatkala lagu ini berkumandang dari iphone. Entah mengapa...terlalu kusut untuk aku merungkai segala permasalahan ini. Aku xcukup kuat untuk menghadapinya sendiri untuk kali ini...hanya aku mampo berserah..

Hembusan...
Angin dingin membelai jiwaku...
Bergelora perasaan pabila kau menjauhkan diri dari ku...
Seolah cinta suciku tak bermakna lagi untuk dirimu...
Apakah... maksudnya semua ini...

Mungkinkah adanya kesilapan dariku...
Yang tak pernah ku duga...
Maafkanlah oh sayangku
Oh percayalah... ku tak bermaksud begitu
Jangan tinggal daku...
Keseorangan...

Ku berserah
Kepadamu Maha Esa
Mungkin takdir
Telah menentukan segalanya
Ku berserah
Kepada apa yang telah berlaku pada diriku ini
Hanya dikau
Dapat merubah segalanya
Pada dikau saja
Ku mengharap
Moga kau kembali
Berikanlah kasih
Nyalakanlah lilin cinta... kita...

Ku pohon kan kemaafan dengan ikhlas hatiku
Ku tak rela dipisahkan
Walaupun sementara
Sambutlah tangan ku ini
Genggami seeratnya
Namun kini...
Semuanya ku berserah...

Ku berserah
Kepadamu Maha Esa
Mungkin takdir
Telah menentukan segalanya
Ku berserah
Kepada apa yang telah berlaku pada diriku ini
Hanya dikau
Dapat merubah segalanya
Pada dikau saja
Ku mengharap
Moga kau kembali
Berikanlah kasih
Nyalakanlah lilin cinta... kita...

Nyanyian: Amylea AF

Saturday, April 3, 2010

Missing you

Yes! it is true that I missed you. Nowadays, everyone seems busy with their own life. I missed the conference that used to be our resort to lepak, karaoke-ing and share some thoughts. Now, everything is just memory to me. I hope someday, it will revive just like before. Insya Allah

P/s: this entry specially for you, you know who you are. I'm missing you.

Thursday, April 1, 2010

Happy Bday Fadly

*in the mean time, u leh start pilih nk makan yang mane.huhu.

Yeay!! anda suda tua.huhu.Selamat ulangtahun kelahiran.Moga semua yang diimpikan akan menjadi kenyataan. Rasanya, 1 impian hampir menjadi kenyataan.

P/s: Esk, ai akan siapkan keje cepat2(Fri) so dapat balik awal.hehe.Jom kt celeb8!!