Saturday, April 17, 2010

Omongan kosong

Dalam perjalanan aku mencari diri sendiri banyak perkara aku temui antaranya,
1) kita hendaklah ikhlas dalam ape jua yang dilakukan jangan sampai perasaan was-was menyelubungi diri atau takut akan kehilangan kerna itu pasti berlaku.

2) setiap kengkangan mempunyai cara mengatasi samada kita mahu mencuba ataupon biarkan diri tenggelam dalam perasaan sendirian.

3) dalam perhubungan, sekiranya seseorang tidak mahu mempertahankan perhubungan itu dan seringkali mempertikaikannya, percayalah dia tidak penah menyayangi dan percaya akan hubungan itu. Dari mensia-sia masa dan menanti , lebih baik tinggalkan dari kecewa sendirian. Itu pasti sukar sekiranya hanya kamo bertepuk sebelah tangan.

hidup ini terlalu singkat untuk diperkatakan

4) kadang-kadang kita berasa gembira tentang perhubungan itu tapi tidak bagi orang lain. Jadi, cuba berbincang dan menyelesaikan permasalahan itu.

5) Kita juga percaya ada perasaan bertanggungjawap diatas perkara yang dilakukan dlu kerna itu karma dan pertunjuk penting buat dirimu. Renung-renungkanlah...

p/s: Suatu kekesalan buat diriku adalah menyintai seseorang yang tidak pernah mempunyai sekelumit perasaan terhadap diriku sehingga dia mampu menjalinkan perhubungan sulit lebih 2 bulan dengan orang lain. Part paling menarik ialah aku dikatakan xpenah memberikan segala tumpuan itu kepadanya dan orang2 ini mampu memberikan segalanya. Pelik. Bill telefon aku menunjukkan sebaliknya. Mungkin itu antara sebab rasa bersalah menyelubungi diri lalu lari meninggalkan segala persoalan. Adakah itu mampu menyelesaikan permasalahan?kerungsingan?atau itu hanya bersifat peribadi?Aku kurang pasti. Cuma satu yang aku harapkan dia menyedari kesilapan yang pernah dilakukan dan tidak menuding jari untuk berasa lebih baik. Percayalah...hidup ini ibarat roda mungkin 2kali terselamat kali berikutnya tiada siapa yang tahu. Aku yang mengomel sendirian.

3 comments:

Anonymous said...

Suatu kekesalan buat diriku adalah menyintai seseorang yang tidak pernah mempunyai sekelumit perasaan terhadap diriku sehingga dia mampu menjalinkan perhubungan sulit lebih 2 bulan dengan orang lain.
sebab kekadang kita lupa untuk mencintai org yg syg dan cinta kita sepenuh jiwa...

arielle said...

ntahlah..mungkin tersingkap kebenaran disebalik kata-kata itu.Kadang-kadang kita alpa dengan apa yang terdapat di hadapan mata sampai lupa segalanya tatkala kita berpisah alam indah itu lesap begitu sahaja.

Anonymous said...

oleh itu, pergi lah mencari pendita yang setia denganmu agar kamu tak tertewas lagi lalu bersyukurlah dengan apa yang ada dan anggap semua yang pernah berlaku sebagai pengajaran buat semua pada masa mendatang. Amin...